Adakah Photoartia percuma?
Ya. Ciri editor semasa, termasuk layers, templates, export dan AI background remover, boleh digunakan secara percuma tanpa akaun. Simpanan cloud belum tersedia.
Adakah gambar saya dimuat naik?
Tidak dalam aliran editor semasa. Gambar dibuka, disunting dan diproses pada peranti anda. Aplikasi dan model AI dimuat turun dari server; fail gambar anda tidak dihantar ke server untuk suntingan.
Sejauh mana tepatnya AI background remover?
Hasil bergantung pada subjek, pencahayaan dan kerumitan latar. Rambut halus, objek lutsinar atau warna yang hampir dengan background mungkin memerlukan kemasan mask secara manual. Anda boleh menyemak preview sebelum apply.
Boleh sambung edit pada hari lain?
Boleh. Download fail .photoartia menggunakan Save project dan buka semula melalui File → Open. Fail itu mengekalkan layers dan masks. Local recovery hanya berada dalam browser yang sama dan bukan backup cloud.
Format apa yang disokong?
Buka imej PNG, JPEG dan WebP yang disokong browser, atau fail projek .photoartia. Export gambar sebagai PNG, JPEG atau WebP. PSD import/export, RAW, CMYK dan aliran ICC profesional belum disokong.
Boleh guna di telefon dan komputer?
Photoartia berjalan dalam browser moden. Ruang kerja desktop lebih selesa untuk suntingan terperinci; telefon mempunyai ruang kawalan lebih kecil. Prestasi AI dan projek besar bergantung pada memori serta kemampuan peranti.
Adakah ini pengganti penuh Photoshop atau Photopea?
Photoartia ialah editor tersendiri yang sedang dibangunkan. Ia menyediakan suntingan layers, masks, teks, templates dan background removal, tetapi belum mempunyai semua alat atau keserasian fail editor profesional.
Siapa yang membina Photoartia?
Photoartia dibina oleh Lucee Malaysia Community. Projek ini dibangunkan menggunakan Lucee dan teknologi browser. Lesen kod projek menetapkan atribusi komuniti dan backlink ke lucee.my; gambar yang anda export tidak ditambah watermark komuniti.